Saturday, May 10, 2008

21 April 2008 - Birthday Balqis ke-3!

Happy Birthday Balqis 2008- yg ke-3

Tanggal 21 April 2008 adalah birthday Balqis yang ketiga. Ayah telah membeli kek coklat + buah di Kedai Kek Presint8, Putrajaya. Uncle Faris join sekali dan beli hadiah troli untuk Balqis. Syukur alhamdulliah kepada yang Maha Esa.


Ilhan (abang) pun nak posing jugak



Kek Balqis 2008

Friday, February 8, 2008

Sunday, January 20, 2008

Fasha Qaisara Ahli Keluarga Baru hairul-ayu-family!



Sukacita dimaklumkan Fasha Qaisara binti Hairul telah selamat dilahirkan pada 1.1.2008 (baby tahun baru!!!)jam 11.50 pagi di Hospital Putrajaya. kami sekeluarga merasa syukur kerana Fasha (kanan) selamat dan sihat dengan berat 2.38 kilogram.

Dengan kehadiran Fasha maka dengan ini keluarga hairul-ayu-family telah bertamabah menjadi 5 orang! ( Hairul-Ayu-Ilhan-Balqis-Fasha)!!! Alhamdulillah Syukur . Semoga dimurahkan lagi rezeki kami dan dikurniakan kesejahteraan dunia dan akhirat. Amin.

Ilhan dan Balqis dengan ini juga dapat adik baru. Balqis sekarang akan dipanggil kakak sebab dia dah ada adik.

Saturday, December 29, 2007

Jalan-Jalan Masa Cuti!

Masa cuti -cuti baru ni ( Raya Haji, Krimas dan cuti sekolah) Kitaorg jalan2 kat area KL pegi shoping compleks2. Antara tempat yang kitaorg pegi, Berjaya Times Square, Bangsar New Village dan Suria KLCC. Dekat bangsar sebenarnya kitaorang nak pe
pei makan western food dekat gerai food court kat jalan telawi. Harga ok daripada makan kat restaurant mahal. Kedai nie walaupun nampak takde klas , tapi tukang masak dia semua bekas chef hotel! Diorg dah banyak pengalaman jadi meniaga sendiri. Tapi malangnya hari krismas tu diorg pun cuti jugak!eeemmm lain kali lah gamaknye....


Ayu,Ilhan & Balqis posing kat KLCC

Ayah pun nak posing jugak - dekat tingkat atas KLCC


Besarnya pokok krismas kat Times Square

Times Square



Bowling Time Square


Saturday, December 22, 2007

Happy Birthday To Me!





Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Hairul Abdul Hamid,
Allah Selamatkan kamu....yeahhhhhh

Hari ini hari jadi aku yang ke 31...

Selamat Hari Jadi Aku!!!!

Ayu belikan aku hadiah kemeja Alain Delon dan T-shirt Antioni. Tima Kacih..

Friday, December 14, 2007

Pejabat KRU Production!


Ini gambar aku dekat pejabat KRU Production kat Keramat. KRU ni boleh dikatakan artis melayu bumiputera yang berjaya jugak lah sebab diorang boleh bertahan lama bukan setakat menyanyi je tapi diorang bukak company sendiri dan perkenalkan artis-artis baru. Sekarang nie diorg cipta lagu je...orang lain yang nyayi...

Masa ni aku tidur rumah Fariz sebab nak pegi ke Kelantan sempena perkahwinan budak opis aku. Kitaorang pegi naik bas express je. dari Hentian Putra KL. Aku dengan Faris beli tiket bas express Transnasional pegi Kota Bharu sebab Transnasional nie syarikat besar dan selalunya kualiti service bagus tapi hampeh....bas kitaorg betolak dekat 40 minit lewat sebab pemandu tunggu kroni dia lambat datang...siot betol...