Wednesday, December 4, 2013

Road to Anfield, Liverpool


Aku memang peminat sejati Liverpool Football Club. Minat ini dah tertanam sejak kecil lagi iaitu pada awal 1980an semasa aku teman bapak aku tengok bola kat TV. Dia pun sebenarnya minat Liverpool jugak walaupun dia selalu kutuk Liverpool.


Aku memang dah plan waktu cuti sabtu dan ahad untuk pergi Liverpool ( Stadium Anfield) dan kemudian singgah kerumah sepupu aku Kak Tin di Oxford.

Semasa aku buat survey melalui internet, aku dapati kat Liverpool jugak ada Muzium The Beatles - kumpulan pemuzik era 60an - 70an yang top tu. So aku decide untuk kesana juga.

Pagi-pagi lagi aku dah keluar Hotel (Holiday Inn Sutton) dan jalan kaki ke National Railway station kat Sutton. Dari sana aku naik train lebih kuran 45 minit dan sampai di Victoria Station London. From there aku naik tube keEuston station. From ....station aku naik nation railway ke......Liverpool. Perjalanan London-Liverpool mengambil masa 2 jam. Keretapi aku naik ni akan berhenti di...dan aku transit naik train lain ke....Liverpool.

Aku sampai di Euston station agak awal dan selepas beli tiket aku pergi beli cokelat dan air untuk sarapan di kedai serbaguna. Balik ke station aku agak kalut jugak sebab takut2 terlepas train. Euston station nie agak sibuk jugak dan banyak jadual train yang sampai dan berlepas yang  terpapar kat skrin besar sampai aku naik konpius.

Last-last skrin menujukkan train aku dah samapi aku berlari kesana sebab org ramai beratur dan waktu train berlepas dah nak dekat. Aku jadi kelam kabut sebab tengok ramai org belrai kejar masing-masing sampai aku ternaik coach yang ada tulis VIP . Aku mula risau adakah aku terslah naik train. Tiba-tiba ada minah mat salleh umur 40an tanya aku betulke train ini ke Liverpool, aku cakap betul but dia kata ada tulis VIP, aku kata i also don't wheteher kita boleh naik or not :)

Aku main duduk je dah lepas tu....


Travel UK-Paris 2012

Aku bertolak ke UK pada 15 April 2012 bersama seorang lagi rakan sepejabat aku. Kami bertolak dari KLIA dengan menaiki flight MAS jam 10.05 pagi waktu Malaysia dan sampai di London Heathrow airport puku l3 petang waktu UK. . ( 13 jam. perjalanan - fuhh penat jugak..nasib baik dlm flight layan cite Mission Imposible, Just for laugh, ....hilang la sikit boring.


Sampai ka Heathrow selepas check imigresen dan kastam ( tak declare pun) kitorg terus nak cari public transport ke Sutton. Disebabkan agak letih , kami cuba tanya teksi berapa rate nak ke sutton, dia kat GBP 80 terus tak jadi dan terus tanya info mcmane nak pegi melalui bas ataupun lebih tepat lagi coach. Di UK diorg panggil coach bukan bas.


Aku berkurusu di Sutton. Sutton  adalah sebuah daerah dalam negeri Surrey dan merupakan sebahagian daripada Greater London. Dari London, perjalanan ke Sutton dengan kereta mengambil masa kira-kira 30 minit.Kursus yang aku ikuti adalah berkaitan Human Resource Development.


Aku tidak bercadang untuk bercerita panjang mengenai kursus tersebut sebaliknya aku akan menceritakan lebih detail mengenai kembara aku dan isteri (Ayu) di tanah UK dan Paris mulai 28 April -5 May 2012. Untuk makluman , aku telah mengambil cuti selama 4 hari selepas kursus aku tamat pada 27 April dan Ayu turut mengambil cuti dan bertolak ke UK seorang diri dan sampai pada 28 April 2012 untuk bersama suami tercinta!

Kursus aku di Sutton tamat pada 27 April. Selepas check-out aku bersama rakan aku Wan Baha menuju ke London Heathrow. Wan Baha tak merancang untuk stay lanjut di UK dan dia terus balik ke Malaysia. So aku temankan dia di Airport Heathrow sebelum dia berlepas dan lepas tu aku check in di Holiday Inn Heathrow.

Holiday Inn hetahrow terletak kira 2km dari Airport dan ini memudahkan aku nak sambut Ayu. Setelah berehat akau pun bergerak ke airport untuk sambut Ayu yang sampai.....Seronoknya bila Isteri tercinta selamat sampai ke London. Yalah, naik flight sorang2 dari KLIA ke London, memang dia risau jugak tapi bila dah sampai Alhamdulillah.

Ayu memnag penat sangat dan kitaorg straight to the hotel dan Ayu pun tidor sekejap berehat lepas trip 13 jam. Tengahari tu kami berkemas dan check-out untuk bergerak ke London City untuk check-out kat Tune Hotel yang tereletak di Liverpool Street, London. Kami naik bas dari Holiday Inn ke heathrow bus station. Lepas tu kami naik bas ke London City. Di London kami naik tube untuk ke Liverpool street. Sampai kat sana kami sesat jugak nak carik Tune Hotel sebab dia agak tersorok. Boleh tahan penat dan kesian kat Ayu,.. Nasib baik dia sempat tidur tadi.


Akhirnya kami jumpa jugak Tune Hotel dan check in.



Our 2nd hotel @ London.. Tune Hotel Liverpool.. murah tapi cekik darah. Pekerja2 seems byk dari Eastern Europe country like  from Romania. .. Hot water pun caj 1 pound = RM5... kena minta coz xde cerek..membazir maggi2 n Brahims yg kitorg usung dari Malaysia...byk brg , baju2 terpaksa wakafkan kat hotel ni sebab nak bergerak ke Paris..


UK - Paris

Ketibaan kami di Paris Airport Charles De Gaulle  agak "menyeram'kan. Kami tiba lewat malam dan airport boleh dikatakan agak sunyi. Aku konpius nak guna mesin nak beli tiket metro nak ke hotel Ibis  Eifel Tower. Pergi platform terkonpius-konpius mana satu train nak naik.

Masa naik train....banyak pak hitam dan pak arab muda2 dlama train. Aku dgn Ayu risau gak. Rupanya bile dah balik Malaysia..member aku Aedy bgtau pada malam 1 Mei  biasanya org tak keluar ke bandar sebab hari tu biasannya golongan pekerka especially org muda akan buat demo jalanan untuk menuntut kebajikan pekerja.
-To be continued-