Thursday, May 17, 2012

UK and Paris...Here I (we) come! - Intro


Alhamdulillah, aku telah dipilih untuk menghadiri kursus di Sutton, England pada 16-27 April 2012. Setelah kursus tamat pada 27 April, aku telah mengambil cuti selama 4 hari dan isteri aku (Ayu) turut mengambil cuti yang sama dan datang ke UK seorang diri untuk bercuti bersama aku di UK dan Paris mulai 28 April 2012 hingga 5 May 2012.

Aku akan berkongsi pengalaman manis sepanjang percutian kami ( 28 April - 5 May)  di sana. Aku juga akan selitkan beberapa perkara menarik sepanjang kursus aku  pada 16-27 April 2012 . 

Tujuan aku berkongsi pengalaman dan saat-saat manis di blog bukanlah bertujuaan untuk bermegah-megah. Niat utama aku ialah untuk merekod pengalaman manis kami dan berkongsi pengalaman dan tips-tips kepada sesiapa yang berminat untuk melancong kesana. Ini kerana aku sendiri telah banyak mendapat tips-tips yang amat berguna hasil daripada research yang aku buat dari blog2 rakan-rakan dan mereka-mereka yang pernah ke UK, Paris.

Cheers
Hairul