Sunday, January 20, 2008

Fasha Qaisara Ahli Keluarga Baru hairul-ayu-family!



Sukacita dimaklumkan Fasha Qaisara binti Hairul telah selamat dilahirkan pada 1.1.2008 (baby tahun baru!!!)jam 11.50 pagi di Hospital Putrajaya. kami sekeluarga merasa syukur kerana Fasha (kanan) selamat dan sihat dengan berat 2.38 kilogram.

Dengan kehadiran Fasha maka dengan ini keluarga hairul-ayu-family telah bertamabah menjadi 5 orang! ( Hairul-Ayu-Ilhan-Balqis-Fasha)!!! Alhamdulillah Syukur . Semoga dimurahkan lagi rezeki kami dan dikurniakan kesejahteraan dunia dan akhirat. Amin.

Ilhan dan Balqis dengan ini juga dapat adik baru. Balqis sekarang akan dipanggil kakak sebab dia dah ada adik.