Saturday, December 29, 2007

Jalan-Jalan Masa Cuti!

Masa cuti -cuti baru ni ( Raya Haji, Krimas dan cuti sekolah) Kitaorg jalan2 kat area KL pegi shoping compleks2. Antara tempat yang kitaorg pegi, Berjaya Times Square, Bangsar New Village dan Suria KLCC. Dekat bangsar sebenarnya kitaorang nak pe
pei makan western food dekat gerai food court kat jalan telawi. Harga ok daripada makan kat restaurant mahal. Kedai nie walaupun nampak takde klas , tapi tukang masak dia semua bekas chef hotel! Diorg dah banyak pengalaman jadi meniaga sendiri. Tapi malangnya hari krismas tu diorg pun cuti jugak!eeemmm lain kali lah gamaknye....


Ayu,Ilhan & Balqis posing kat KLCC

Ayah pun nak posing jugak - dekat tingkat atas KLCC


Besarnya pokok krismas kat Times Square

Times Square



Bowling Time Square


Saturday, December 22, 2007

Happy Birthday To Me!





Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Hairul Abdul Hamid,
Allah Selamatkan kamu....yeahhhhhh

Hari ini hari jadi aku yang ke 31...

Selamat Hari Jadi Aku!!!!

Ayu belikan aku hadiah kemeja Alain Delon dan T-shirt Antioni. Tima Kacih..

Friday, December 14, 2007

Pejabat KRU Production!


Ini gambar aku dekat pejabat KRU Production kat Keramat. KRU ni boleh dikatakan artis melayu bumiputera yang berjaya jugak lah sebab diorang boleh bertahan lama bukan setakat menyanyi je tapi diorang bukak company sendiri dan perkenalkan artis-artis baru. Sekarang nie diorg cipta lagu je...orang lain yang nyayi...

Masa ni aku tidur rumah Fariz sebab nak pegi ke Kelantan sempena perkahwinan budak opis aku. Kitaorang pegi naik bas express je. dari Hentian Putra KL. Aku dengan Faris beli tiket bas express Transnasional pegi Kota Bharu sebab Transnasional nie syarikat besar dan selalunya kualiti service bagus tapi hampeh....bas kitaorg betolak dekat 40 minit lewat sebab pemandu tunggu kroni dia lambat datang...siot betol...

Saturday, December 8, 2007

Tengok Wayang Kat Pavillion!




Semalam aku dan ayu tengok wayang kat Golden Screen Cinema (GSC) shopping complex baru kat KL - The Pavillion. shopping complex ni baru bukak dan sekali tengok tempat dia memang exskulsif -maksudnya tempat barang-barang mahal! Tapi walaupun mahal tapi ada class sebab barang semua jenama-jenama dan jarang ada kat shopping complex lain.Restaurant2 kat situ pun macam-macam, ada Japanese Restaurant, Pasta dan macam2 lagi.


Kitaorang tak plan pun nak tengok cite apa, main sondol je datang. Betolak dari rumah pukul 8 malam. Sebelum tu petang kitaorg dah bawak Ilhan dan Balqis main kat Taman Chempaka, Bangi lepas pegi Pasar Malam Bandar Baru Bangi. Taktiknya bila diorang dah puas (penat) main, takde lah diorg nak ikut kitaorg keluar malam.


Sampai kat Jalan Imbi dalam pukul 8.45pm aku tengok jalan dah ubah terus sesat sampai nak ke Pandan tapi sempat u turn dan masuk balik Jalan Imbi dan akhirnya jumpa jugak Pavilion. Jem sikit masa nak masuk.



Bila masuk kat Pavilion signage tunjuk GSC tingkat 6 tapi bila keluar lif tingkat 6 sampai kat ekskelator signage tunjuk GSC tingkat 5 pulak. Pelik...Pelik. Anyway, sampai GSC lebih kurang pukul 9.17 pm kitaorg tengok list movie antaranya Kingdom dan Heartbreak Kid. Aku malas nak tengok Kingdom sebab ulasan pengkritik katanya cerita ni nak tunjuk US hebat tangkap penganas dalam 5 hari je....


Heartbreak Kid pelakon utamanya Ben Stiler( gambar kiri). Aku memang minat sangat mamat ni. Cerita dia sebelum ni yang aku tengok Along Came Polly bersama bekas bini Brad Pitt-Jenifer Aniston , Meets the Parents dengan Robert de Niro, dan Starsky&Hutchy dengan Owen Wilson . Dia ni memang lawak orang biasa dan bukan dibuat2. Bukan macam lawak SENARIO- bodoh kan diri sendiri macam badut ...boring


Robert de Niro (kiri) dan Ben Stiller (kanan) dalam Meet The Parents


Cite ni memang lawak....cite pasal mamat sorang ni (Ben Stiller) dia ni cerewet nak dapat makwe/isteri walaupun rambut dah beruban. Bila dah kawin dengan pompuan cantik bila dapat tahu perangai2 buruk bini dia terus dia jadi boring.....last-last masa bulan madu boleh jatuh cinte dgn pompuan lain....

Cite habis lebih kurang pukul 11.15 mlm kitaorg sampai umah dalam pukul 12.30 pagi.